CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 6, 2009

~ Setelah Sekian Lama ~

Salam..

Dah lama rasanya xmenulis di sini..kemalasan utk menghapdetkan blog nieh berikutan hambatan perkara2 pntg yg perlu diselesaikan dgn segera..

Insya'Allah, fully hapdet akan dilakukan after everything done..

~ Kehidupan dan tanggungjawan yg baru menanti skrg nieh..moga mmp dilaksanakan dgn sebaik yg mungkin.

Thursday, October 1, 2009

~.::. Cinta Ada .::.~

Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Korus
Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya

Korus
Oh mengapa ada saksi yang tak memahami
Wow..wow..wow..wow..
Oh mengapa ada saksi yang disalah erti
Oh aku cinta
Oh jauh dari bahasa

Ulang korus

Memang cinta ada dalam jiwa kita...


p/s : mmg dlm jiwa ada cinta yg tersembunyi..he3
bahagianya bila cinta bertasbih di hati..
=)

Wednesday, September 30, 2009

~.: Di Sebalik Kabus Yang Mengaburkan Pandangan :.~

"Bila Mata DiPertemukan, Bila Hati DiSatukan, Aku Memohon Agar Cinta Ini DiKekalkan..."
Amiiinnnn.....

Di Sebalik Kabus Yang Mengaburkan Pandangan
Tanpa kuduga..
Ada cahaya yang menanti
Ada Bahagia yang menggamit
Ada Tawa yang menceriakan
Ada Cinta...yang ingin merawat rawan

Di Sebalik Kabus..
Aku Menatap Wajahnya
Aku Melihat Senyumnya
Aku Merasa Mesranya..

Di Sebalik Kabus..
Aku sangka akan karam selamanya
Aku sangka akan tenggelam tanpa bicara
Aku sangka akan hilang segalanya

Namun Di Sebalik Kabus yang Mengaburkan Pandangan
Aku temui cahaya..
Aku temui "Dia"..
Aku temui kasihnya..
Aku temui sinarnya..

kerana di sebalik kabus..
"Dia" hadir memberi cinta
"Dia" hadir memimpin jiwa
"Dia" hadir menghilangkan sirna..
"Dia" hadir menggenggam harapan..

Moga di sebalik kabus yang Mangaburkan Pandangan
Jalan "CINTA" ini sentiasa bercahaya
Membuka laluan untuk aku mengatur langkah
Moga "DIA" setia memimpin aku ke jalan keredhaan
Moga "DIA" jujur dalam meluahkan bicara
Moga "DIA" ikhlas menjaga perhubungan...

Ya ALLAH..!
Terima Kasih atas "CINTA" yang Kau hadirkan
Terima Kasih atas "RAHMAT" yang Kau berikan
Terima Kasih atas "DIA" yang Kau jelmakan..


Saturday, June 27, 2009

~ Apakah Kesudahannya..?~



KATA MEREKA

kata mereka
jika dirinya aku sayangi
lepaskanlah dia bebas pergi
lalu aku lepaskan dia seikhlas hati
tetapi mengapakah aku sedih sayu
ketika dia melangkah meninggalkanku?

kata mereka
jika aku lepaskan dia bebas pergi
akan datang kepadaku seorang pengganti
yang lebih baik dari yang telah pergi
lalu aku mencari dan menanti berganti hari
tetapi mengapakah aku masih menyendiri hingga kini?

kata mereka
jika kepadaku dia kembali
maka selamanya dia akan ku miliki
dan jika dia terus pergi
maka dia tidak layak kusayangi
lalu mengapakah tanpanya aku sunyi sepi?
lalu mengapakah padanya tersangat kurindui?

apa yang tidak dikata mereka
ialah ketika dia melangkah pergi
dibawanya bersama sebahagian dari diri
lalu bagaimanakah aku harus meneruskan hidup ini
tanpa dia bersamaku di sisi?

apakah yang mereka tahu
tentang kekosongan hati ini
yang sentiasa menanti
yang sentiasa sepi
yang sentiasa merindui

yang sentiasa bertanya tanpa henti
mengapakah aku lepaskan dia pergi.
..
mengapakah aku benarkan dia berlalu dari sisi...

439863vldufsl9vi.gif
glitter-graphics.com


Bismillahhirrahmanirrahim...

semalam ngat nk hapdet diz blog, tp tetb ank buah aku lak yg nk nyibuk..jd aku just let her wrote wat she wants to..knk2, ekspresinya berbeza drpd dewasa..gumbira dier bler dpt coret2 kt blog aku nieh.."umpama dunia ana yg empunya"..he3..si abg tetb jer merajuk..ngatkan knp, rupa2nya mrh bler aku xmelyn dier.nkkan perhatian..smpikan uda kol pown xdiendahnya..tp merajuknya xlama bler tau aku da nk grk blik.erm..dunia knk2..!tp aku hepi n syukur, ank2 buah aku membesar ngan comei n pintar..gumbira sggh si abg sbb da nek quran..adik n kakak pown tmpg dua kaki..da tueh jd pelajar pertama lak di skola n tabika..penawar hati pengarang jntg aku yg xder tukar ganti...!


tp disebalik kegembiraan msh ader sedey yg terselit di hati..rindunya aku dekat dier...!tp still try to enjoy my life to the fullest..

Apakah kesudahannya hubungan kami...?
Masih mencari n menanti jawapan...
Hope everything will be fine...
"Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kpd both of us in finding the answer.."

Amiiin.....

Thursday, June 25, 2009

~Nak Nyibuk Gak kat Ruangan Chiek Nieh...~

Nama saya Nur Irdina. Umur saya 7 tahun. Saya belajar di Sek.Keb. Permatang Tiong. Hari-hari saya pergi sekolah dengan mama. Mama saya guru kelas saya. Saya panggil dekat mama cikgu Mazeni.dalam kelas mama seorang guru yang tegas. Baru-baru ini saya menjalani ujian. Saya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Hebat tak saya???
Saya ada 2 orang adik. adik saya yang pertama ialah naufal...mukanya macam toyol.hehehe
adik saya yang ke 2 ialah i'ffah yang berumur 3 tahun.
pada masa lapang saya suka melukis dan saya juga suka membaca dan bercerita. saya telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan bercerita.


the end...

Sunday, May 24, 2009

~ Da Rings~

~Da Gul Ring~
~RCC_022249_b_l-3_12_Carat_Heart-Shaped_Green_Quartz_and_Diamond_14K_White_Gold_Ring~


Erm..nieh ler ring yg aku minat..simple but looks really2 nice.white gold wiz Heart Shaped Green Quartz and Diamond..sbb diamond kan bestfriend seorang pompuan..hopefully, one day diz ring may slip to my finger..he3..beshnya klu ader yg nk memberi..tp ader ker..?kena usaha ler klu nk memiliki diz ring wiz my own effort..no matter wat, cepat or lambat, insya'allah akan aku usahakan gak..tp klu ader ring mesti ader pasangannyer erk..rantai..hu3..



~Da neglect~

~JDP109_130_14K White Gold Diamond Heart Pendant 0.15 TCW~


"Moulin Rouge - Diamond's Are A Girl's Bestfriend"

The French are glad to die for love,

A kiss on the hand may be,quite continental,
But diamonds are a girl's best friend
A kiss may be grand but it, won't pay the rental on your humble flat
Or help you feed yo
ur,pussy cat

Men grow cold as, girl's grow old
And we all lose are charms in the end
But square cut or pear shaped
These rocks don't lose, their shape

Diamond's are a girl's best friend

Tiffany's................Cartdier

Cos we are living in a material world,
And I am a material girl

*kisses the crowd*

(spoken) come and get me boys!
Black star, ross core

TALK TO ME HARRY SIDLER AND TELL ME ALL ABOUT IT!

There may come a time when a, lass needs a lawyer
-but diamond's are a girls best friend
There may come a time when, hard boiled employer thinks your up all night,
But get that ice or else no dice

He's your boy when,stocks are high
But beware when they start to decend

Diamonds are a girl's best
Diamonds are a girl's best
Diamonds are a girl
's best-

Talking from the film in background

Cos thats when those louses go back to their spouses
Diamonds, are a, girl's, best, Friend!



~Da Boy's Ring~
~Platinum~

ring nieh yang aku impi nk sarungkan ke jari sumbody yg reall2 spesel n closed to my heart..he3..tp satu hari nnt ler..bkn dlm masa yg terdekat nieh..hrp2 aku jmp sumbody yg seswaiiiii nk pki ring nieh..lelaki kan xleh pki mas so, platinum da ckup wat jari "dier"...

Insya'allah, one fine day i will fulfill my dreams to get all diz things..

Wednesday, May 20, 2009

~Wishing Happy Teacher's Day to all Teachers in Malaysia~

Tema Hari Guru 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa

Note : Even da hampir 4 days berlalu, aku still nk ucapkan Selamat Hari Guru to all Teachers in Malaysia especially to my teachers n my lecturers..baru hari nieh dpt peluang nk hapdet diz blog..wpn da terlewat tp sambutan Hari Guru yang lalu mmg meriah walau disambut lewat sehari..almaklum ler, 15 Mei 2009 jth pd hari Sabtu..n cuti umum..


To all Teachers in Malaysia..
wish u all Happy Teacher's Day..
May Allah Blessing all ur effort to teach our nations..

Monday, May 4, 2009

~Damages in Langkawi~

~Percutian yang Mendebarkan~

~The Damages Car~

Aku bergerak ke Langkawi bersama2 cezen2 aku..kami menaiki feri di Kuala Perlis stlh mendapatkan cezen aku di Ayer Itam..aku bergerak dari rumah sekitar jam 4.20 ptg dan tiba di Kuala Perlis jam lebey kurang 5.45 petang..feri yang aku amik adalah feri terakhir utk ke Pulau Lagenda tersebut..sementara menunggu feri, kami menikmati laksa Kuala Perlis di tepi laut tersebut..keadaan agak kelam kabut, menunggu cezen aku dari Ayer Itam yg blm kunjung2 tiba..jam da hmpr 7.00 mlm..feri da berlabuh di jeti menunggu penumpang yg bakal menaiki..dlm hati da cuak giler..seb bek penumpang dr Langkawi agak ramai..memberi kami lebey gap masa sementara cezenku tiba..hmpr, bl cezenku tiba..uishkk...!slmat feri blm bergerak..kami ble dikatakn penumpang terakhir yg menaiki feri tersebut..terlalu crowded dgn manusia di musim2 cuti nieh..

feri bergerak meninggalkan jeti hampir jam 7.30 mlm..jam hmpr 8.45 mlm kami tiba di jeti Langkawi yg dipenuhi dgn org dr pelbagai bangsa dan tempat..terpaksa mencelah2 dan menyelit2 di atra org ramai dlm usaha utk meloloskan diri dr kepungan tersebut..rimas seketika..bernafas lega stlh berada di dlm kereta yg di pandu oleh ayah kwnku..

Esok harinya, Sabtu 02 Mei 2009...percutian yg berakhir tragedi..sekitar jam 10 pg kami bergerak menuju ke Gunung Mat Chin Chang..niat di hati ingin menaiki kereta kabel tetapi ujan lebat yg trn secara tetiba menghalang niat kami..kabel dihentikan seketika..jd kami menukar arah menuju ke Padang Mat Sirat..utk mencari brgan yg tlh dipesan oleh rkn2 sekerja aku..Pemanduan agak terbatas di laluan curam dan bengkak bengkok akibat jln yg licin dek simbahan hujan lebat yg trn..Stlh melalui sekatan jln raya, kereta meluncur menuruni bukit di selekoh yg agak tajam..jam da menginjak ke pukul 12.15 t/ari, tetb yg aku terdengar hanya dentuman yg kuat di sebelah kiri pemandu..aku da tak ingatkan apa2 ketika tueh..aku terpana..tergamam..terkedu..begitu cpt rasanya kemalangan berlaku..yg kedengaran hanya jeritan dr cezen2ku dan jg adik mberku di seat blkg..suasana yg agak kecoh tetb bertukar sepi..msg2 tdk berganjak dr seat..kami slg memandang atra satu sm len..tertanya2..apa sebenarnya yg terjadi..?keliru..?aku berusaha menenangkan diri..membuka tingkap dan memandang keluar..melihat kerosakan yg berlaku..
Alhamdulillah..Syukur kpd Allah..tiada kecederaan..semuanya selamat..kecuali kereta yg mengalami kerosakan teruk di bahagian kiri hadapan..klu diikutkan dr keadaan kereta ketika terbabas, aku mengagakkan aku yg akan mengalami kecederaan plg teruk..kedudukan aku yg berada di seat hdpn penumpang memungkinkan segala kemungkinan..pembahagi jln yang terbongkah dr pasaknya menyelamatkan kami dr terjerumus ke dlm longkang yg agak dlm..kereta terseret sepanjang pembahagi jln..berkali2 aku mengurut dada kelegaan..Allah memelihara kami..
Keadaan yg agak tenang kembali kecoh apabila adik mber aku mula menangis akibat kejutan..kami yg dewasa berusaha mengawal keadaan..wpun di hati msh berdebar2 dan cuak, tp
seboleh2nya aku mengawal situasi tersebut..kami memaklumkan kpd parents mber aku..hmpr 4 jam di tempat kejadian, menunggu polis utk mengambil laporan..menunggu kereta utk di tow ke bengkel..
Tiba di rumah mber aku, lutut aku lemah..menggigil..tdo aku terganggu..msh terbyg2 kemalangan tersebut..tp aku bersyukur, sekrg2nya Allah msh memberi kami peluang utk menikmati hdp ini...
Syukur, Alhamdulillah..Segala Puji2an Bagi Allah Yang Maha Kuasa..!
SubhanAllah..., Maha Suci Allah...

~ Car on Tow to The Bengkel ~

Wednesday, April 29, 2009

~ Mencari Jiwa Yang Hilang ~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, aku msh diberi peluang utk menghapdetkan blog aku nieh..msh lg aku bernafas hari nieh..esok lusa blm tentu lg..dlm busy bekerja, kdg2 ketenteraman jiwa dan minda terkocak juga..tmbh2 oleh insan yg msh lg aku sayangi..menerima berita drpd yg tersayang wpn sdh terpisah..bkn shj terpisah jiwa dan perasaan malahan terpisah oleh lautan luas, msh lg mampu mengocak dan mengalirkan airmata aku..mohon agar jiwa ini selalu tenang..msh lg mampu mengganggu ketenteraman hati aku..aku kira, jarak masa yg memisahkan kami dah ckp utk membuatkan aku kukuh menghadapi dia, tp sebenarnya tidak..setiap ayat yang tertulis, yang ditatap oleh mata aku, setiap satunya seolah2 menikam hati aku sendiri..betapa perasaan benci yang disemai bukan penyelesaian kpd perasaan aku..

"Sakitnya aku"
"Membenci kamu"
"Sakit lagi mencintai mu"
"Dan aku pergi"
"Tapi kembali"
"Benci aku mencintai diri mu"
"Ku benci... Kamu"
"Ku cinta... Kamu"

mengharap sgt aku agar aku akan msh ada peluang utk mencari dan bertemu .......
~Jiwa Aku Yang Hilang~
bencinya aku kerana msh mencintainya..
bencinya aku kerana msh menyayanginya..
bencinya aku kerana msh mengingatinya..
bencinya aku kerana msh menginginkannya..
bencinya aku kerana msh mengharapkannya..
bencinya aku kerana msh setia padanya..

Ya, Allah...!
Berilah peluang utk aku mencari apa yang hilang dari hati aku..
mencari perasaan yg aku pendam sekian lama..
perasaan yg aku pertahankan hanya utknya..
perasaan yg aku simpan jauh di dasar hati aku yg msh mengharapkannya..
temukanlah aku dgn insan yg mampu membimbing dan menyayangi aku apa adanya..
hapuskan rasa yg sekian lama menyesakkan jiwa..
yang menerbitkan tangisan dlm hati..


Doa Dimurahkan Rezeki, Penenang Minda dan Hati serta Ketenteraman Jiwa




Sheikh Ad-Dumairi dalam kitabnya "Hayatul Hayawan" berkata, ia menerima pelajaran dari gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As'ad, dari gurunya Al Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray, dari gurunya Abu Rubai' Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir dan berdoa selesai solat lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira datangnya serta dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali pada waktu seperti tersebut.


Amiiin...Ya Rabbal A'lamin..!

~ Kehidupan ~



Saturday, April 11, 2009

~My Life n My Familia ~

mlsnya rasa nk mengupdatekan blog ak nih..kemalasan da memuncakkan..hu3..tp, nk gak aku coret2kan apa yg terjadi lately..mula2 tueh,erm..nk story cket bout my famili la..sllunya aku jrg nk kongsi famili aku ngan org luar..coz bg aku my familia is my treasures...PRIVATE & CONFIDENTAL...but now, famili adalah kesyangan aku..famili aku kecik jer..tp kecik xkecik sgt la..nk kata bsr pun xbsr sgt ler..ble la thn saiznya..cuma bdn anggota famili aku jer yg kecik2..cam galah jer abg2 aku yg len xcept yg no 4..terbantut..!he3..famili aku just ada 7 org jer pas my abuya past away almost 2 years ago..tp now ditambah ngan anggota baru dlm kuarga, i mean my sister in law n my niece/nephew da jd 11 org..bl hjg minggu time my oldest bro's famili blik, mmg happening ngan karenah ank2 buah aku yg 3 org tueh..meriah suasana...wpun kdg2 jd geram melayan diaorg tp itulh penawar hati yg plg aku syg sekali aftr my parent...nieh la kuarga aku..



1 . Arwah My Father (abuya/abah)
nieh abuya (ayah/abah/bapa) aku yg tersayang..tp da ninggal masa aku umur 3 thn..xtau per g time tueh..tau nanges jer..ms ninggal umur abuya aku dlm 36 @ 38 thn cmtu ler lebey krg..aku pn xbrapa pasti..sorg guru agama..dr cerita jadah (means nenek dlm b.malaysia) aku, abuya aku seorg yg tegas tp lemah lembut..apa g erk..xbyk sbnrnya memori aku ngan abuya aku nih..3 thn jer dpt berkasih syg..jadah aku kata, aku mmg kesayangan abuya aku..luka kecik pn dia akan cemas..erm..aku bertuah wpun just 3 thn jer sempat mengenali abuya aku..


2. My Ummi
nih ummi aku..skrg da 54 thn..tp ummi aku sorg yg tegas..berbeza ngan arwah abuya..tp sorg yg tabah..aku respect coz, dia lebey pntgkan ank2 drpd perkara yg len..aku nih, kdg2 degil.. Ya Rabbi..!Allah sj yg tau cner perasaan ummi aku lyn karenah ank2 dia seramai 6 org nih sms kecik..cner keadaan dia bertungkus lumus membesar aku, abg2 n adik..


3. My 1st brother + Sis in Law + Nephew/Niece
sori la..image abg aku yg sulung xder dlm simpanan..nama abg aku yg nih, Zulhilmi..nk kata kami rapat, xrapat sgt la sbb abg aku nih byk menghabiskan masa dia di asrama dr di rumah..so, km pn jrg2 jmp..bla dia ada kt umah aku plak yg msk asrama..jd nk jmpa tueh..sthn ada la 5,6 kali..klu bertembung..jrg2 sgt kami berbual..abg aku nh nmpk ja lembut, wjh tenang..tp ckp tegas..dia cam perangai arwah abuya aku..dlm diam ada tegas..dan amarah dia yg tersendiri..ms aku hbs spm n tgg result, abg aku nh kawen..jd, lg la berjarak hbngan kami yg da sedia ada gap tueh..kak ipar aku, Mazeni bt Md Noh..org Sik..klu jmp ahli famili kak ipar aku nh..hampeh sepatah pun aku xpaham apa yg diaorg ckp..cm ayam ngan itik..terangguk2 jer aku..iyakan je semua..he3..abg ngan kak ipar nih kenai ms diaorg kt Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang..Diaorg 1 kos..M3/BM..la nh dua2 ngajar kt Kulim..da jd wargadaerah Kulim pn..ank2 buah aku pn lhr kat sana..abg aku ngajar kt SK Taman Selasih..skola tueh dkt ja..dlm taman yg abg aku dok gak..kak aku ngajar kt SK Sungai Tiong..agak jauh la..
yg nih ank2 buah aku..wpn 3 org ja tp da ckp nk menggegarkan umah tok ummi (ummi aku la) diaorg setiap kali blik cuti..uishkk..!riuh rendah..cam nk rebah di watnya..dgn byk tanyanya, byk ckpnya..(rasa2 cam aku kot) he3..tp bila bab manja no.1..tmbh2 yg sulung..bkn men g xleh nk berenggang ngan mama (sis in law) diaorg..tp yg no.2 n no.3 tueh, independent la cket aku tgk..
yg sulung la da standard 1.nama dia nur irdina..bljr kat skola kak aku..kami pggl kakak..umur dia 4 thn da start ke tabika..skrg da 7thn..kdg2 aku risau tgk keadaan dia..mmg bijak n smart..klu tuntut hadiah drpd aku n abg2, adik aku mesti xdak benda len yg diminta cuali buku..skrg da ble baca novel yg tebal2 da..atr novel yg selalu di bedal adalah novel2 smpnan aku la..perwatakan dia istimewa cket sbb rambut curly dia tueh..natural beauty..(cam chiek dia) ha3..perasan toll la aku nh..rmi yg sangka kami g curly kan hair dia..tp mmg cam spring toll rambut dia..berpintal2..hu3..comel n cute..
yg no.2 nieh spesis aku..one n only..tp xtau la kot2 thn2 akan dtg dia akan ada teman yg sejenis ngan dia..he3..nama dia mohd naufal..tp famili pggl abg ja..sorg2 laki..tgh lak tueh..dia mmg sweet..muka lembut sgt..sx tgk, agk2 cam gul..tp lasak..dia nh jns xpeduli org..pandai lak ckp, byk mulut lak tueh (wpn kenyataannya mulut dia 1 ja) he3..la da bljr kt tabika..umur da 5 thn..start bljr ms umur 3 thn..dia nieh jgn di bawa berjanji apa2..nnt dituntut smp dpt..slagi xdpt slagi tueh di carinya..feveret dia ikut tok ummi dia pi mancing ikan..hu3..aku ckp xsuka..!meremang bulu roma tgk cacing..klu time cuti skola n kbtln musim menuai padi, sggp srh mama dia antar blik umah tok ummi semata2 nk g mancing..dr pagi smpai ptg, xjemu..plg x, aktiviti dia klu blik cuti sorg2 kt umah kjt aku atau adik aku pg2 ajak g waterfall..hu3..t/ari ajak tok ummi dia g menangkul ikan dpn umah, ptg srh anto g umah nyah dia (besan ummi aku) nk p mancing ikan kt sungai dkt kwsn kmpg..tp dia nieh suka buli kakak dia..ha3..klu dia blik, aku xleh tdo..kena lyn dia bersembang/bercerita..smp 2,3 pg..hu3 sadis toll ank buah aku yg nieh..
yg no 3 aku pggl adik tp nama dia nur iffah..si montel comei aku..he3..baru 2 thn lebey cket..tp da mula mcm2..2,3 ari lps kol aku semata2 nk bercerita ksh "Sang Rusa yang Bijak"..hu3..lyn jer la..bdk ngah mbsrkan..kang terbantut lak perkembangan dia..plg besh, klu dia tau kakak atau abg dia ngah talk ngan famili, dia akan membentak2 nk talk jg..slgi xdpt phone kt die, aku ble dgr suara soprano jd lagu background..pastueh..dushum..!dushumm..! ler apa lg..dibantainya kakak n abg dia..hu3..ganas adik nieh sorg..pgglan dia kt aku yg plg besh, "Shiek"..ha3 seb bek xjd "shrek"..pelat knk2..pandai majuk klu xdpt brg yg dia nk..watever pn karenah ank2 buah aku nieh, diaorg la penawar hati aku..syg sgt aku kt diaorg..Muahhhhhh...!muahhh..!muahhhh...!


4. 2nd brother
nama dia ahmad fakhruddin..yg nieh mmg aku ckp anti..kami pantang berdekat@bjmp ada2 ja yg nk digaduhkan..aku pn xtau nape..tp aku mmg selalu xsetuju angin ngan abg aku yg nieh..klu da gaduh, perang dunia pun kalah ngan kami 2..tp dia ttp abg aku..


5. 3rd brother
abg aku yg nieh agak memanjakan aku, tp dia nya caring..hu3..cam polis soal siasat..dia nieh guardian angel aku..nama dia fakhrul anwar..mana aku g mesti dia akan antokan..tp la, aku kena sendiri2 la..ms 1st time lulus lesen keta, aku still takut nk bawa dia la yg jd guru xbertauliah aku pd setiap ptg..bw aku pusing2 utk biasakan diri..dulu dia drebar aku, skrg aku jd drebar diri aku sendiri la..hu3..xbesh lgsg..


6. 4th brother
yg nh nama dia abdussalam..la keja kt firma akauntan..kt cheras..plg rapat ngan aku..beza umur pun 8 bln jer..klu ikut thn, setahun ler..dia nieh jns suka ngacau aku..tp bl blik kmpg, kami hang out together gether..kdg2 tueh bl kuar pki bj yg sama warna..cam kapel lak..he3..tp aku mmg syg sgt kt dia..dia xstay ngan famili..dia stay ngan arwah nenek belah famili arwah abuya aku..wpn jrg2 jmp, tp dia mmg ank yg plg bek ummi aku miliki..hu3..berbanding aku la..dia nieh jns rjn menulis surat kt ummi aku time study dulo2..la pun camtueh gak..klu xtepon xsah..klu blik ada2 jer brg2 yg dibelikan..klu outstation overseas, dia rjn kol tanya apa yg aku n ummi nk..sbb tueh aku bertambah syg kat dia..ha3...sbnrnya, aku adik yg rjn buli dia..kuang3...tp dia syg aku sbb aku satu2nya adik pompuan yg dia ada..he's my best fren n my best brother ever..

apa2 pn, abg2 aku adalah abg2 yg terbaik aku miliki di dunia nieh..diaorg ler my guardian angel yg plg sporting, caring n loving..



7. Little brother (last)
adik aku nieh mmg brutal cket..ank2 buah aku pggl dia paksu..alias mat rempit..hu3..mmg dasar adik aku nieh..kdg2 melekat kt umah..skrg ngah smbg study kt polimas amik kejuruteraan automobil..hrp2 jd org la pas nieh adik aku nieh..xbyk sgt kenangan aku ngan dia coz bl aku study kt melaka dia msk asrama..pastueh da jrg2 jmpa..hrp time raya or famili gathering jer..


Lastly, mestila aku...one n only in da familia..nk tau pasai aku..jeng3..he3..aku adalah aku..hak milik kekal n peribadi..

Friday, April 10, 2009

~cuti oooo... cuti, bl nk bercuti...?~

nk cuti..oooo nk cuti..hu3..tensen sggh ngan keje la nih..ngat kan makin nk susut keje tp makin bertambah plak..bl la nk dpt g bercuti nh..?plan cuti pekerja nk link key ell, tp bl da plan bek2..mber2 lak nk blik..hampeh toll..!bl la aku nk cuti lagik nih..?thn nieh, dan 70 days work without leave..

nk gak g bercuti memana..nk tgk laut n kehijauan..klu xmenjadik plan aku g key ell better aku g langkawi je la..byk gak tmpt yg blm aku tembusi kat langkawi tueh..hu3..sah2 n sahih plan last minute ler jwb nya nnt..suppose to be, last week nk lepak pangkor tp aku xleh cuti lak..nieh kesempatan bcuti 3 days nieh nk aku pakaikan sepenuhnya..

nk cuti...!aku da bengong...stress tahap cipan giler baban wana biru da..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................!
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!
wanna a break...!
CUTI......!!!!

Saturday, April 4, 2009

<<.::. Oooppssss..!He's Coming Back, 2nd Chance..? .::.>>

org yg aku cuba nk lupakan n lpskan dr hdp aku..tetb "dia" muncul lg..cner ye ak nk wat..?keadaan jd semakin sukar dgn sikap "dia" skrg nh..argghhhhh....!aku ketahuan skrg...hu3..tension3...!makin nk elakkan diri, makin plak "dia" mendekatkan diri..ntah apa la kehendak "dia" skrg..2,3 ari nih my inbox are fulled wiz his messages..the confession..the feeling..the truth..and his stories..aku kena ikut rentak permainan "dia" skrg nieh..jgn smp perasaan aku bertukar dendam yg dlm..
coz bg aku..

REVENGE is HUMANITY
REVENGE is SWEET
REVENGE is RIGHT
REVENGE is LAW

ahh..sukarnya nk nyatakan sgla..apa yg terbuku makin memakan diri aku dr dlm..sedikit demi sedikit mengikis jiwa aku yg lemah..menjadikan aku seperti patung bernyawa, tanpa perasaan..kdg2 aku jd terlalu sinis dgn persekitaran aku..xmengendah suma yg berlaku..klu bom meletup dlm umah aku pun rasanya aku xpeduli..kekdg aku jd kaku dgn peristiwa yg memerlukan aku beremosi..mgkn tangisan sblm ini da membuang dan menghanyutkan rasa belas dan kasihan aku pd insani..wpn aku rasa teruk dgn keadaan skrg, tp aku nk berdiri dgn kaki aku sendiri..aku blh melakukan sglnya yg aku impikan wpn tanpa sokongan drpd "dia"..menjadikan aku lbh berhati2 dlm perhubungan yg melibatkan perasaan..hati..dan jiwa..bkn mdh nk menyerah kalah pd "pertarungan" yg "dia" mulakan..
erm..umur dah mkin meningkat..dah menghampiri usia 30-an..tanpa "teman" bergelar "kekasih hati"..sekeliling mula menghimpit aku dgn pertanyaan2 yg menyakitkan hati dan memeritkan telinga..tp, why should i care..?people can only talk..they can't be us or be in our shoes..they doesn't know what we're thinking bout n they doesn't seems want to understand it.. i'm a gul in a new world..who's have my own target to hit..people don't care if u're married yet or not..but itz different in village or small village compare to a big town..peoples in village are to busy body..it will become a big issue..like a nuclear booming in Hiroshima..like a tsunami in South Asia..if a gul at the age like me doesn't marry yet..where ever you go, they keep asking..and asking..and asking until they get the answer that will satisfy themselves..huhh..!what a STRESS...!HATE IT..!!!Really2 hate it..!
now is the time to confront wiz my past..wiz my problems..not hiding and running from it like i did before..coz itz still chashing me anywhere..giving me no peaceful in mind n my life..my rest gone anywhere..itz to hard to manage at 1st..but i will win diz game..2nd chance...?will think bout it..the things is, i can't lie to myself..i can't stop my feeling..i still hoping on "him"..still waiting for "him"..and still..and still..but, should i give "him" a 2nd chance..?


Wednesday, April 1, 2009

~.::. Bila Maut Menjemput..Sudah Cukup Bersediakah Aku?.::.~

Semalam aku xdpt nk lelapkan mata..tdo aku terganggu lagi..nk kata aku tired sgt bekerja, xjg..tp aku rasa fikiran dan minda aku yg terbeban yg melampiaskan rs penat tu kpd badan aku..busy dgn keja n program2 yg da mula dijlnkan..pns pd siang hari jg meyumbangkan faktor kpd kesakitan kepala yg dah sedia terbeban n berserabut ngan pelbagai perkara n agenda2 yg tersembunyi..bl mlm, hujan n angin dr Gunung Jerai yg hanya buka tingkap umah aku da nampak tueh..hingga ke tulang hitam..menggigil2 dlm comforter aku yg da xmmp nk comfortkan aku..

Selalu, sekitar jam 12 aku da tdo..baring2, lyn novel sambil cuba nk lelapkan mata..klu xble gak, radio jd peneman aku..tp, lately wpun pd awalnya aku tdo nyenyak..sekitar jam 2 pagi aku akan terjaga..terasa seolah2 ada sumbody bersama aku..memerhatikan aku..aku xtau naper, akhir2 ini aku sering teringatkan ahli kuarga aku yg da pergi menyambut seruan Ilahi ke alam barzakh...org tua2 selalu kata, klu kita sering teringatkan org yg dah tiada..n nmpk org yg dah tiada..giliran kita pulak..btl ker..?aku sendiri pun xpasti..seringkali dlm tdo aku bermimpi bertemu dgn mereka yg tlh pergi meninggalkan aku..arwah ayah, nenek, datuk, saudara mara aku..

Tp, seandainya masa aku dah tiba..erm..aku blm ckup bersedia lg..msh byk yg perlu aku perbaiki tentang diri aku..tp mati nieh xkira kita sedia ke tdk, kan..?Klu Allah da nyatakan begitu, maka Izrail pn akan menjlnkan tggjwb dia..mencabut nyawa..Klu diizinkan Allah biarla aku meninggal dlm keadaan secukupnya bersedia..membawa bekalan yg perlu..meninggalkan semua dgn rela..memohon kemaafan drpd semua pihak yg pernah aku sakiti..sengaja atau tidak..memaafkan semua perkara..krn ada hadis yg menyatakan, "Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya.." inikan pula aku, hanya insan biasa..yg blm tahu di mana aku bakal terdampar di akhirat kelak..syurga atau neraka..?nauzubillah...!mudah2an dijauhkan aku dari seksa api neraka dan juga semua umat muslimin dan muslimat..

Ermm..nk kata aku nh bek sgt, xjg..aku pun cam org len gak..bkn jht, cuma sedikit nakal n degil..mcm yg abg2 aku selalu bisingkan, keras kpla n hati batu..hu3..bleh membuat kptsn yg terlalu drastik tanpa diduga oleh sesiapa...aku pn akui semua tueh..aku pernah lompat pagar sekolah, ponteng kelas n yg xkan pernah aku lupakan...aku pernah humiliated sum1 in front of public..aku da confront n say sori to him..tp xtau la, dia ikhlas ke x maafkan aku..nk kata slh aku 100% pun xjg..tp xmengapa la kan..anggap je tueh pengajaran utk aku..dun be to nice to sum1 yg ble membuatkan dia terslh anggap lynan kita padanya..dia pun da kawen skrg n bkl dpt 1st child next month..hope everything will be okay for him n his wife..

Aku pula mula merasakan yg hdp aku semakin hampir ke penghujung..n sedaya upaya aku cuba membuat yg terbaik utk famili aku, teman2 aku..n juga diri aku..sebagai bekalan aku menuju ke sana..berdoa n berdoa agar aku sempat membahagiakan semua insan di sekeliling aku..menjlnkan tggjwb aku sebagai seorg ank pada ummi aku..n sebagai seorg kakak kpd adik aku..yg aku risau cuma 1, andai aku pergi tanpa diduga bagaimana dgn adik aku..?

Menyayangi seseorg pd saat ini, seolah meracun seluruh kehidupan aku..doa aku, agar aku sempat menatap wjh "dia" wat kali terakhir andai sesuatu terjadi pd diri aku..wpn dah berpisah jauh, namun hati aku blm berhenti menyayangi dia..

Kpd seseorg yg pernah menyayangi aku, SAIFUL JOHARI...maafkn segala kesilapan sy selama ini n sy maafkan segala kesilapan awk..!mgkn Allah da menentukan yg kita hanya bertemu tetapi tdk bersatu..hmpr 6 thn bersama awk, sy blm ckp utk memahami diri awk..

kpd semua yg mengenali aku, aku memohon kemaafan utk segalanya..dari hjg rmbt ke hjg kaki..andai ini coretan terakhir wat diri aku..hrp doa kalian mengiringi perjlnan aku..

~15 Rahsia Senyum dan Tawa~

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".
Tahniah!!

Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis?
Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Pada ketika kita bersedih, menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik tentang SENYUM :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pula cukup sekadar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006

~Rahsia Melalui Tulisan~

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...

Tuesday, March 31, 2009

<< Doa Seorang Sahabat >>

Diz prayer were sent by my fren ;

06 March 2009, 10:57:31 p.m :

"Ya ALLAH...! The lady reading diz sms is beautiful n strong.. Help her live her life to fullest . Help her SHINE in the DARKEST places where it is impossible to see . PROTECT her at all the times, LIFT her UP whenever she needs YOU The MOST..."

Amiinn...Ya Rabbal A'lamin




.::. 5 Tanda Si Dia Masih Mengingati Kekasih Lama .::.

Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman lelakinya walaupun sudah menemui cinta baru. Berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak?

1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman lelakinya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.

2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman lelakinya.

4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.

.::. The Day Wiz My Familia .::.

March 14, 2009 Saturday..

8.45 p.m :

Celebrating my niece n nephew's bestday..


Diam xdiam rupa2nya ank2 buah aku dah semakin mbesar..grow up as a cute n nice kids..Siangnya aku ke kedai kek, mencari yg istimewa buat mereka..ptg nya famili abg aku smpai di rumah..erm..da hmpr sebulan xketemu anak2 buah aku..rindu yg teramat sgt ngan keletah diaorg yg menceriakan hidup aku...Naufal mula bertanyakan tntg kek bestday utk dia..tp, menarik muka yg pnjg apabila aku sengaja nyatakan yg aku terlupa utk membeli..merajuk septg dgn aku..


Mlmnya..suma ahli kuarga berkumpul..cousin aku membacakan doa selamat utk mereka..aku pun mendoakan agar anak2 buah aku membesar dgn sht dan jd ank yg soleh n solehah..insya'allah..naufal, (abang) mula hmpr menangis bl acara dimulakan tanpa kek..sedey agaknya..lebey krg jam 9.15 p.m, aku mematikan semua lampu..cahaya lilin menerangi suasana..naufal terjerit..terkejut bl lagu selamat hari lhr dinyanyikan..aku dpt melihat senyuman dia..ucapan pertama yg keluar dr bibir, "Terima kasih, Chiek..!"


Buat ank buah aku yg tersayang, Nur Irdina, Mohd Naufal dan Nur Iffah..Chiek SAYANG kalian..!



March 15, 2009 Sunday :


Sibuk di dapur menyiapkan bekalan utk piknik bersama famili..2 biji kereta (kereta aku n abg aku) bergerak dr rumah ke Titi Hayun..Kereta aku disarati dgn anak2 buah aku..sepanjang perjalanan, Naufal xhenti2 bercerita..gembira sgt..Sampai sj, trs menceburkan diri ke dlm air yg dingin..sampai menggigil2 aku tgk anak buah aku yg bongsu tp msh degil hndk keluar dr air..seronok sgt..!Penat mandi, menjamu selera..pastu smbg mandi balik..hmpr zohor baru pulang ke rumah ..

.::. Cute Love Story .::.

This cute love story were sent by my fren, 05 March 2009 : 02.39:55 a.m ...

The story a as below :

A guy had a cancer and he had only 30 days left to enjoy his life ... He liked a gul who's working in a CD's shop .. But he never told her about his feeling and love ... Everyday, he used to buy a CD just to spend sumtime and be with her .. After a month, he died .. When he didn't show up at the CD's shop, the girl went in searching for him ... His mom told her that he died out of cancer ... She took her to his room where she saw all the CDs unopened and the girl started crying ...

U KNOW WHY..?

Because...

She had lots of love letters for him inside the CD's casing ... Both of them falling in love for each other but never expressed it ...
MORAL of this story....
Don't be afraid to express your feeling .. just ignore what others people will say bout you .. Don't be afraid of rejection and who knows you may win..!
p/s :
actually my fren sent diz coz he want to courage me to forget the past and starting a new live..relation..thanx my fren...really appreciate it..

~ Tanda-tanda kematian ~

Assalamualaikum...

Tazkirah hari ini...

Kenali tanda-tanda kematian seorang hamba Allah.


100 HARI Seluruh badan rasa bergetar

60 HARI Pusat rasa bergerak-gerak

40 HARI Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 HARI Mengidam makanan

5 HARI Anak lidah bergerak-gerak

3 HARI Bahagian tengah dahi bergerak-gerak

2 HARI Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

1 HARI Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar

SAAT AKHIR Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)Bila Malaikat menyabut Nyawa,
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda : “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W lagi…“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

salam ukhwah

Assalamualaikum..


ini permulaan thn baru bg aku..utk melakukan yg lbh baik bg diri aku dan juga insan2 len di sekeliling aku..kerana sesungguhnya kita hidup hanya sementara..sementara msh ada nyawa dan nadi yang diberikan oleh Allah S.W.T, carilah kebahagiaan yg ada di segenap alam..utk dunia dan akhirat..moga kita ditemukan dgn yg mmp membimbing diri kita ke jln yg diredhai Allah S.W.T..moga kita dihindarkan dari sgala yg menggugah keimanan dan kepercayaan..mudah2an..Insya'Allah..kerana sesungguhnya janji Allah S.W.T itu benar..


aku mengharapkan kalam ini akan menjadi wadah bg diri aku dan rkn2 yg len berkomunikasi..semakin meningkat usia..semakin terikat dengan komitmen yg xboleh dielakkan..semakin aku rasa, aku dan rkn2 yg len jauh..dan moga kalam ini akan menjadi tinta bg mengeratkan kembali ukhwah yg pernah hadir suatu ketika dulu..agar spnjg hayat ini kita msh mmp mengenali dan mengingati antara satu sama len..



.::. Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang percaya,dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar,dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3) .::.


.::. "Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan." (30:21) .::.


.::. "Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari." (49:13) .::.